4 Aug 2012

Darah Haid Nifas & Istihadhah



Darah-darah Haid, Nifas & Istihadhah
Penulis: Tuan Guru Haji Muhammad Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki
Terbitan: Telaga Biru
Harga: RM26.00

Menjelaskan secara terperinci soal Haid, Nifas & Istihadhah. Soal Ibadah dan khilaf berkenaan darah-darah tersebut. Buku ini diterbitkan dengan tujuan untuk mengumpul Dana Pembangunan dan Dana Pembinaan Maahad Tahfiz Darul Quran Wal-Qiraat, Pasir Mas, Kelantan

15 Apr 2012

Rasul Mulia Umat Mulia akhlak Mulia - kisah para ulamak

   Kisah hidup para ulamak sangat kaya untuk kita melakukan muhasabah diri. Abu al-Qasim berkata "Hikayat adalah sebahagian daripada tentera Allah SWT untuk menetapkan hati-hati para Wali-WaliNya

Berkias daripada surah Hud:120 Maksudnya
" Dan semua kisah para rasul-rasul ini kami ceritakan kepadaMu agar kami teguhkan hatiMu dengannya"










18 Mar 2012

Khutbah Terakhir Rasulullah SAW

PENULIS : IBNU RIJAL
ISBN : 978-967-5426-827
PENERBIT : MUST READ SDN BHD

“Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku daripada yang terus mendengar dariku....”

Sebuah bait patah daripada Rasulullah SAW di dalam khutbah terakhir baginda. Sabda baginda ini seolah-olah meniup sebuah harapan untuk penulis bagi meneroka apa mesej yang tersembunyi di dalam ‘Khutbah Terakhir’ ini kerana nabi mengharapkan supaya semakin lama, semakin ramai yang lebih memahami isi khutbah terakhir baginda ini. Apakah mesej tersirat di dalamnya?

Lalu, penulis cuba selami dan perincikan ayat demi ayat di dalam lembaran khutbah bersejarah ini. Hasilnya, subhanallah... begitu lengkap! Dalam satu khutbah yang ringkas, baginda nabi mendidik dan menyimpulkan kepada kita tentang persoalan akidah, ibadah, muamalat, munakahat, akhlak dan banyak lagi. Maka benarlah sabda baginda,

“Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku daripada yang terus mendengar dariku..”

Khutbah terakhir Rasulullah SAW ini adalah ibarat sebuah rumusan bagi ajaran Islam yang baginda sebarkan selama 23 tahun. Kesemuanya dikumpulkan di dalam sebuah khutbah. Buku ini digarap berpandukan rujukan-rujukan yang masyhur dan diselitkan kisah-kisah tauladan umat terdahulu sebagai contoh huraian yang lebih jelas dan ‘mesra pembaca’. Selain itu, sepanjang bab para pembaca akan disentuh kalbunya agar kembali menyulam benih-benih cinta buat Rasulullah SAW dan segala keperibadian mulia baginda terserlah melalui khutbah terakhir ini. Di akhir bacaan, insya-Allah pembaca akan dapat merasakan perasaan cinta yang maha agung buat Rasulullah SAW dan akan lebih memahami khutbah terakhir Rasulullah SAW ini serta keajaiban yang ada di dalamnya. Mudah-mudahan.

9 Mar 2012

Wasiat Luqman Al-hakim (telaga biru / TBBK1122) RM20.00







Buku Wasiat Luqman al-Hakim ini harus menjadi buku modul panduan pendidikan insan bagi setiap individu muslim. Tip dan panduan adalah yang terpilih dan bersumberkan al-Quran, Hadis dan kata-kata ulama.
Pesanan atau wasiat Luqman amat berharga. Ia mengandungi hikmah yang mendalam untuk setiap orang untuk menjalani kehidupan. Pesanan Luqman yang disebutkan dengan jelas di dalam al-Quran merupakan perkara asas yang perlu diterapkan di dalam diri insan.
Kebijaksanaan Luqman mendorong beliau memberi pesanan kepada anaknya dengan perkara tersebut. Justeru ia adalah perkara penting yang perlu diberi penekanan dalam pendidikan.
Buku ini membentangkan kupasan mendalam mengenai pesanan Luqman yang termaktub al-Quran. Ini supaya pesanan yang berhikmah tersebut dapat difahami dan diamalkan sebaik mungkin. Disamping itu dihimpunkan pesanan lain yang diriwayatkan dan termaktub di dalam kitab-kitab tafsir al-Quran.
Luqman adalah seorang yang sangat prihatin menjaga adab. Diriwayatkan daripada Abu Darda’ tentang kebijaksanaan Luqman ini: Luqman merupakan lelaki yang cekal dengan kebenaran, pendiam, banyak bertafakkur, berpandangan jauh, tidak pernah tidur di siang hari. Tidak ada siapapun pernah melihat beliau meludah, berkahak, membuang air besar dan air kecil, mandi, bermasam muka dan ketawa (kerana menjaga adab). Beliau tidak mengulangi kata-katanya melainkan jika mengatakan suatu hikmah kemudian orang lain meminta supaya mengulanginya. Beliau pernah berkahwin dan memiliki beberapa orang cahaya mata namun kesemuanya menemui ajal, tetapi Luqman tidak menangisi kematian itu. Beliau juga mendampingi sultan dan pemerintah untuk melihat keadaan mereka dan mengambil iktibar. Inilah antara faktor yang melayakkan beliau memperolehi hikmah. (Al-Bidayah Wa Al Nihayah: jil - 2: hal: 124)

19 Feb 2012

Eh Jun Guang (saudara baru) buku "Memburu Hidayah"

Sebatang kara selepas bergelar Saudara Baru, Eh Jun Guang mengakui keesaan Allah pada usia 18 tahun. Kita (khususnya remaja) perlu mengambil ikhtibar/pengajaran daripada kisah beliau, antaranya melalui buku pertamanya Memburu Hidayah (terbitan PSN publications).

 Nabi s.a.w. pernah bersabda, "Barangsiapa yang Allah kehendaki kebaikan maka Allah fahamkan dia terhadap agama. Aku (Nabi s.a.w.) hanyalah menyampaikan sedang Allah yang memberi. Sebahagian dari umat ini akan tetap berpegang teguh pada agama Allah, tidak ada yang dapat mempengaruhinya sampai hari kiamat nanti."
-sahih, riwayat Bukhari (no 69)-

8 Feb 2012

Mendekati dan mencontohi akhlak Rasulullah SAW

Photobucket

Biografi Agong Rasulullah SAW

Harap sabar out of stock la plak... maklumlah buku ni disarankan oleh Ustaz Don Danial dlm 30minit Ustaz Don (Tv al-hijrah: channel 114), selain daripada buku As-Syamail Muhammad SAW  

Majalah Solusi Terbaru Edisi ke-40

Pesanlah melalui stormreaders @ menjadi ahli untuk melanggan dengan banyak kelebihan

7 Feb 2012

Syamail Muhammad SAW (hadits kumpulan Imam Tirmidzi)

"SYAMAIL MUHAMMAD S.A.W. : Keperibadian Rasulullah" merupakan satu karya terbaik mengenai keperibadian dan akhlak Rasulullah SAW. Buku ini adalah karya Imam At-Tirmizi. Karya ini singkat namun lengkap sehingga setiap orang yang membacanya seakan-akan menyaksikan langsung keindahan dan keagungan peribadi Rasulullah S.A.W. yang mulia itu. Buku ini menjadi ubat penawar rindu kepada sosok Nabi Muhammad SAW yang mulia yang dapat melembutkan hati yang keras serta menjadikan tegas kepada orang yg lemah.

Buku SYAMAIL MUHAMMAD SAW ini ialah himpunan hadis-hadis oleh Imam At-Tirmizi ; (seorang imam ahli hadis yang tidak diragukan kekuatan hujjah dan kualiti hadis-hadisnya) tentang semua aspek kehidupan dan sifat yang dimiliki oleh Rasulullah SAW.

Ini merangkumi 5 aspek kehidupan Rasulullah SAW iaitu :

1. FIZIKAL : Tanda kenabian, rambut, uban, celak, berbekam, pakaian, aksesori, cincin, kasut, sandal, pedang, baju besi, pelindung kepala, serban, sarung dan tempat idur.

2. PERILAKU : Cara berjalan, duduk, bersandar, bertopang, tidur, makan, jenis roti, lauk, gelas minuman dan buah-buahan.

3. IBADAH : Wudhu', doa, wangi-wangian, solat Dhuha, solat sunat di rumah, puasa dan membaca Al-Qur'an.

4. PERHUBUNGAN & AKHLAK : Berbicara, ketawa, bergurau, bersyair, berbual, bersifat tawadhu', rasa malu dan tangisan.

5. PENGHIDUPAN : Nama-nama Rasulullah SAW., penghidupan, usia, kewafatan, warisan dan mimpi melihat Rasulullah SAW.

Profil Ringkas Imam At-Tirmizi.

Nama lengkapnya ialah Muhammad bin Isa bin Surah bin Musa Ibnu Adh-Dhahhak As-Silmi At-Tirmizi Adh-Dharir. Beliau juga mendapat julukan Al-Hafizh, Al-'Alim, Al-Imam dan Al-Wari'. Selain buku ini, beliau turut menyusun Kitab Al-Jami' (Sunan At-Tirmizi) dan Kitab Al-'Ilal.

Para ulama berbeza pendapat tentang keadaan Imam At-Tirmizi semasa kecil. Sebahagian ahli sejarah menyatakan bahawa Imam At-Tirmizi buta sejak lahir. Sebenarnya, beliau menjadi buta setelah lanjut usianya iaitu setelah selesai melakukan perjalanan menuntut ilmu dan menulis karya-karyanya.

Imam At-Tirmizi lahir di Hudud pada tahun 214 Hijriyyah. Beliau melakukan perjalanan menuntut ilmu hingga ke Khurasan, Iraq, Mekah dan Madinah. Tidak benar kisah yang menyebut bahawa beliau pernah belajar ke Mesir dan Syam. Salah seorang gurunya ialah Imam Bukhari yang seringkali didatanginya untuk bertanya mengenai kesahihan hadis dan persoalan-persoalan akademik yang lain. Di dalam kitab Sunan At-Tirmizi, seringkali dijumpai pernyataan, "Aku tanyakan kepada Muhammad Ibnu Ismail (Imam Bukhari) tentang hadis ini. Dan beliau berkata..."

Imam At-Tirmizi meninggal dunia pada tanggal 13 Rejab tahun 274 Hijriyyah di Tirmidz.

Mengapa Kita harus Mengetahui Sifat-Sifat Keperibadian Nabi Muhammad SAW.

1. Bila kita mengetahui akan keperibadian baginda; akan timbullah rasa takzim kita kepada baginda. Itulah yang akan mejadi wasilah untuk kita cinta kepada syariat Allah. Syariat hebat tentu dibawa oleh orang yang hebat. Bagaimana kita nak kenal Allah jika kita tak mengenali Nabi kita Muhammad SAW.

2. Bila mengetahui tentang Syamail Nabi Muhammad SAW ini ; secara tak langsung kita akan ketahui betapa baik dan mulianya Nabi kita; betapa baik dan mulianya ciptaan Allah SWT yakni baik daripada sifat anggota tubuh badan baginda; betapa cantiknya fizikalnya; daripada segi pergaulan pula betapa baik sikapnya dan mulia cara baginda bergaul dengan isteri2 , anak2 dan cucu2 serta para sahabat baginda. Nabi hanya tersenyum dan jarang ketawa hanya ada sesekali sahaja baginda ketawa menampakkan gerahamnya.

3. Bila kita mengetahui syamail Nabi Muhammad SAW ;kita akan mengetahui cara nak memuji baginda dengan rasa takzim. Sesetengah orang mengatakan bahawa Nabi Muhammad SAW adaah manusia biasa seperti kita berdasarkan ayat "Ana basyarun mislukum"; tetapi sebenarnya Nabi Muhammad SAW adalah manusia luar biasa. Sifat2 Nabi ini membantu kita bila kita bermimpi bertemu dengan Rasulullah SAW.

4. Dengan mengetahui sifat2 Nabi kita akan rasa seronok, akan timbul rasa cinta. Bila orang puji Nabi kita; kita akan rasa gembira sebaliknya bila orang menghina baginda kita akan rasa terluka; sama seperti bila orang puji kekasih kita; kita tentu gembira.

5. Dengan membaca buku syamail Muhammad SAW ini, dapatlah ibu bapa menceritakan keperibadian baginda kepada anak2; tidaklah diberi buku2 kisah dongeng semata2. Buku ini mudah difahami.

Ada banyak lagi manfaat yang dapat kita peroleh dengan mengetahui keperibadian baginda SAW dan paling penting kita akan diberi syafaat oleh baginda semasa berada di Padang Mahsyar nanti. Mudah2an.

Buku ini mengandungi 56 bab tentang sifat2 Nabi; dihuraikan melalui hadis-hadis.

Buku ini juga boleh dimanfaatkan dengan:

1. Beli beberapa naskah dan hadiahkan untuk masjid, surau, pejabat dan kepada orang yang disayangi.

2. Dibaca setiap lepas solat 5 waktu terutamanya selepas Subuh dan Maghrib.

3. Suami isteri baca bersama-sama sebelum tidur.

4. Dibaca kepada anak-anak selepas solat berjemaah atau sebelum mereka tidur.

5. Bahan tazkirah, usrah dan halaqah.

6. Bahan untuk mengisi laman web atau blog.